Ciri-ciri morfologi Ginkgo_biloba

Pokok ginkgo ialah pokok konifer yang boleh membesar sehingga 40 m dan boleh hidup sehingga 1,000 tahun lamanya. Pokoknya berbentuk mahkota bersudut dan panjang dengan cabang tak menentu serta akar dalam yang membolehkannya tahan kepada serangan angin dan salji. Daunnya (5-10 cm) berwarna hijau muda pada musim panas dan bertukar keemasan sebelum gugur pada musim luruh. Ia berbentuk seperti kipas, liat dan rata, dengan urat bercabang. Daun, buah dan biji benihnya boleh digunakan untuk makanan dan perubatan.

Warna daun ginkgo pada musim panas.Warna daun ginkgo pada musim luruh.

Pembiakan

Ginkgo ialah tumbuhan diesius, dengan jantina terpisah, sesetengah pokok jantan manakala sesetengah pula betina. Pokok jantan menghasilkan kon debunga kecil dengan sporofil setiapnya mempunyai mikrosporangium tersusun secara berpusar di paksi tengah.

Pokok betina tak menghasilkan kon. Dua ovul terbentuk pada hujung tangkai dan selepas pendebungaan, satu atau keduanya berkembang menjadi biji benih. Benihnya berukuran 1.5-2 cm panjang.

Bunga jantan.
Bunga betina.

Pembiakan benih ginkgo berlaku melalui sperma motil seperi dalam sikad, pakis, lumut dan alga. Dua sperma terhasil dan hanya satu sahaja berjaya bergabung dengan ovul. Persenyawaan benih ginkgo berlaku sebelum atau selepas ia jatuh pada awal musim luruh.[1]